DARUL IZZAH

DARUL IZZAH

Monday 11 March 2013

PEMBINAAN KOMPLEKS PENDIDIKAN DARUL IZZAH


         Darul Izzah kini telah memulakan pembangunan fasa ke-3 iaitu Kompleks Pendidikan Darul Izzah yang merangkumi masjid, dewan kuliah dan dewan serbaguna. Kompleks Pendidikan Darul Izzah merupakan bangunan utama  yang akan menghidupkan suasana institusi Pengajian Islam dan ianya akan memberi keselesaan kepada warga Darul Izzah terutamanya guru-guru dan pelajar-pelajar.
 Kompleks dua tingkat ini menempatkan masjid dibahagian atas dan bahagian bawah menempatkan dewan kuliah, bilik mesyuarat dan dewan orang ramai.  Keluasan  Kompleks Pendidikan Darul  Izzah ini adalah 6300 persegi. Anggaran kos adalah sebanyak RM 1.35 JUTA dan anggaran kos ini meningkat mengikut kadar semasa.
Pembinaan Kompleks Pendidikan Darul Izzah terpaksa dihentikan buat sementara waktu memandangkan kerja-kerja pembinaan tidak dapat dijalankan disebabkan masalah kewangan yang dihadapi. Kos pembayaran yang telah dijelaskan untuk pembinaan Kompleks Pendidikan Darul Izzah  ialah sebanyak RM 140,000.00 dan kos yang masih diperlukan untuk membina secara lengkap Kompleks Pendidikan Darul Izzah dianggarkan sebanyak RM 1.21 JUTA.



Thursday 28 June 2012

PENGENALAN PUAT PENDIDIKAN & KEBAJIKAN DARUL IZZAH


Pusat Pendidikan dan Kebajikan Darul Izzah merupakan sebuah institusi dakwah  yang menawarkan pengajian sistem pondok moden terbuka kepada pelajar-pelajar bermula umur antara 13 hingga 18 tahun . Darul Izzah menjalankan sistem pengajian secara nizhami kepada pelajar - pelajar dan pengajian umumi kepada pelajar – pelajar dan masyarakat setempat.
Tn Guru Hj Salleh Membaca Doa
Pusat Pendidikan dan Kebajikan Darul Izzah telah ditubuhkan pada awal bulan Jun 2012 dalam proses pembinaan dan pembersihan kawasan. Pusat Pendidikan & Kebajikan Darul Izzah  telah dirasmikan penubuhannya oleh Tn. Guru Haji Salleh Musa pada 28 Oktober 2012. Pusat Pendidikan & Kebajikan Darul Izzah atau dikenali sebagai Darul Izzah terletak di Kampung Perupok, Yan, Kedah Darul Aman dibina di atas sebidang tanah yang telah diwakafkan kepada pihak pengurusan Darul Izzah untuk dibangunkan sebagai sebuah pusat dakwah dan pengajian islam yang dapat memberi manfaat kepada masyarakat sekitarnya. Oleh kerana itu program dakwah dan kebajikan telah dijalankan oleh Darul Izzah untuk segenap lapisan masyarakat dengan melancarkan satu bahan dakwah iaitu Risalah Al Izzah yang diedarkan ke seluruh senanjung malaysia dan menjalankan penyampaian sumbangan yang golongan kepada memerlukan dan terpilih.
Darul Izzah telah didaftarkan di bawah Pertubuhan Hal Ehwal Sekolah Agama (HESA) Negeri Kedah merupakan sebuah NGO badan berkanun.  Perjalanan pengajian di Darul Izzah beroperasi pada awal tahun 2013 dengan pengambilan pertama seramai hanya 8 orang pelajar. Pusat pendidikan & kebjikan Darul Izzah ini telah dikendalikan oleh golongan generasi muda yang berkelulusan dalam bidang pengajian Islam dari dalam dan luar negara.